Sunday, June 28, 2009

satu kenangan

sini aku mahu cerita pengalaman semester pendek dari sekolah pengajian seni universiti malaysia sabah. semester pendek mula 11 mei 2009 dan tamat 26 jun 2009. amat memenatkan. setiap hari kelas. pagi dan petang. tugasan berlambak. boleh dikatakan setiap malam tidur pukul 1pg atau 2pg. kadang-kadang tak tidur langsung. kami dapat kolej dan bas untuk semester pendek tapi macam tak ada dua-dua. pihak kolej suruh kami keluar dari kolej sebelum kami tamat semester pendek lagi. bas pun sama kejap ada kejap tiada. kami jalan kaki pergi sekolah. ada staf bas nampak kami tapi mereka ketawa nampak kami jalan kaki. siap hon-hon transport lagi. teruk betul disiplin mereka. pasal kebajikan makanan pula lagi teruk. kami langsung tidak dibekalkan makanan oleh pihak sekolah. sekolah yang beriya-iya mahu kami belajar dalam semester pendek tapi makan kami terabai. sampai sakit-sakit badan ni. nasib baik ada kawan kami yang mohon jual makanan kepada sekolah untuk kami. kira terjaga sikit. setiap hari datang kelas pasti mengantuk. tak dapat fokus. perut lapar. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. macam itulah ilmu yang kami terima. mental, fizikal, emosi kami kacau. semua nak cepat tapi apa yang kami dapat? dengar-dengarnya kami kumpulan pelajar pertama dan terakhir yang ada pengalaman ini. lepas ini junior-junior kami belajar selama 4 tahun. dek terlalu penat dengan semester pendek, ada juga kami ponteng kelas. tak tahan badan ni. walaupun kami masih muda. kami juga manusia macam orang tua. kami paling risau result semester pendek. dah lah saya punya jam kredit 16 jam. belajar pula 7 minggu. tak tahu lah apa nak jadi. result yang lepas pun turun. kali ni? entahlah.

No comments: