Saturday, November 28, 2009

jurnal oh jurnal

haha dah selesai projek akhir, projek minor, tamu gadang, kaamatan.. tp skrg ni time final exam.. nmpk mudah tp payah. dlm bz final exam, tugasan pula br terhegeh hegeh buat.. padan muka. bukan apa. kadang2 aku pun tak faham dgn diri sendiri. nak kata ada jadual tp mcm tak da jadual pulak.. lps ni ada lg projek penilaian MAKUM pd 10/12.. bila mau selesai ni..

--------------------------------------------------------------------------------

Sunday, November 8, 2009

kembali lagi

hahah dah lama aku tak taip blog ni.. rasa-rasanya dah 3 bln lbh gitulah.. almaklumlah bz memanjang.. br selesai projek akhir selendang mayang n projek minor komunikasi grafik... skrg ni bz lak dgn final exam.. bab final exam kali ni entalah mau ckp apa.. nota x lengkap.. wa padan muka aku.. siapa suruh x catat nota lect tu. tmbh lagi dgn tugasan yg br terhegeh2 nak wat.. eee tak berdisiplin langsung.. apa mau jd . bab latihan industri satu hal. syukur dak dapat tempat waaaa jauhnya jkkn perak.. sorang2 lak tu. macam mana ni.. kalut kepala hang pikiark. lps ni smbg lg dgn projek penilaian makum waaa terra rosa.. penatyer. bila mau rehat ni.

Saturday, September 5, 2009

tamugadang

tahun ni buat kali kedua saya terlibat dalam bahagian persembahan. kali ni saya bukan sahaja ajka bahagian tetapi juga pengurus pertandingan nasyid. setakat ini borang penyertaan pertandingan nasyid sedang dalam proses pengedaran. tahun ini saya mengimpikan pertandingan nasyid yang kebelakangan ini kurang mendapat sambutan, meraih kejayaan cemerlang. saya akan berusaha dengan kerja kuat untuk menaikkan nama pertandingan nasyid dalam tamu gadang kali ini. setelah berhubung dengan individu yang sepatutnya, saya mendapat idea cara mandapatkan banyak penyertaan. iaitu berhubung dengan jabatan hal ehwal agama islan negeri sabah sendiri. dari situ, 'kunci' penyertaan nasyid mudah diperoleh. saya mengharapkan setinggi-tinggi khidmat bantuan dari jabatan berkenaan bersama-sama menjayakan pertandigan nasyid pada tahun ini.

Sunday, August 16, 2009

tamu gadang

pesta konvo tamu gadang 10 bakal berlagsung tak lama lg. dlm bln 10 gitu. sekali lagi aku terlibat dgn tamu gadang.

Tuesday, August 11, 2009

pesta kaamatan

semalm 11 ogos 2009, mula lah pelancaran pesta kaamtan di ums. tapi tak ramai orang yang datang. ajk? apatah lagi mana komitmen anak jati sabah sendiri.. anak bukan sabah pulak yang berhempas pulas buat kerja.. sepatutnya anak sabah hepi dengan majlis negeri sendiri.. ini tidak. langsung hampeh. boleh dibilang anak sabah dalam dewan resital semalam. memang kosong dewan tu. jangan kata tiada hebahan kaamatan. orang sabah sendiri tiada hati mau join. time malam kemuncak nnati entahlah.. dahlah masa tu cuti ulangkaji.. kalau mereka nak juga cuti lagi malang nasib perayaan negeri diaorang. aku? aku bukan anak sabah .. aku anak jati johor.. tapi aku join kaamatan memang dah tradisi program aku terlibat dalam pengurusan. tapi kali ni pengurusan majlis.sepatutnya pengurusan teater n filem.. tapi ni sakalilah. kalau lah anak bukan sabah sabotaj kaamatan n tak mau join kaamatan selamanya baru anak sabah sedar diri kot. betapa penting meraikan perayaan negeri sendiri. kalau tempat aku perayaan yang ada biasa saja satu malaya. raya cina, raya aidilfitri, aidiladha, deepavali, n krisms. tu je lah.. sikit tapi kami sambut dengan penuh meriah.. bukan aku nak membandingkan antara johor n sabah. tapi fikirlah semangat berhari raya. kalau anak sabah sendiri tak mau bergembira dengan kaamatan inikan lagi anak bukan sabah. bak kata di mana kau berada disitu langit dijunjung.. tapi kalau dah orang yang memang dah stay kat tempat sendiri tak mau julang tempat dia. inikan lagi orang yang memang bukan orang kat situ. nanti dikata penyibuk lah ... memang aku selalu sibukkan diri dengan aktiviti sosial@masyarakat ni. sejak dari ssekolah rendah lagi. dah biasa sangat jadi kat tempat orang pun aku sapulah..

study time

aku karang ni dah sem 6 tapi rase cm sem 1 lak. selaluyer setiap sem ak bz memanjang karang ni dah kira kurang cket. tugsn pun kurang taip menaip ni. tapi meeting jer yg aku jmpe. entalh. muka meeting kot. tihan projek akhir on the way start. karang ni wat planning dl. pasal latihan industri lak. entah jenuh dah aku pikir nak p mana. kalau korang mmber tagged terbaca my jurnal. bagi ar proposol @ cadangan @ ape2lah. sku ni student seni... hah seni kreatif. umunya. tapi khususnya lak aku study teater n filem.. mayb mmber tak pernah dengar @ jarang2 dengar @ kadang2 dengar. nilah program aku.heheh.

Sunday, June 28, 2009

satu kenangan

sini aku mahu cerita pengalaman semester pendek dari sekolah pengajian seni universiti malaysia sabah. semester pendek mula 11 mei 2009 dan tamat 26 jun 2009. amat memenatkan. setiap hari kelas. pagi dan petang. tugasan berlambak. boleh dikatakan setiap malam tidur pukul 1pg atau 2pg. kadang-kadang tak tidur langsung. kami dapat kolej dan bas untuk semester pendek tapi macam tak ada dua-dua. pihak kolej suruh kami keluar dari kolej sebelum kami tamat semester pendek lagi. bas pun sama kejap ada kejap tiada. kami jalan kaki pergi sekolah. ada staf bas nampak kami tapi mereka ketawa nampak kami jalan kaki. siap hon-hon transport lagi. teruk betul disiplin mereka. pasal kebajikan makanan pula lagi teruk. kami langsung tidak dibekalkan makanan oleh pihak sekolah. sekolah yang beriya-iya mahu kami belajar dalam semester pendek tapi makan kami terabai. sampai sakit-sakit badan ni. nasib baik ada kawan kami yang mohon jual makanan kepada sekolah untuk kami. kira terjaga sikit. setiap hari datang kelas pasti mengantuk. tak dapat fokus. perut lapar. masuk telinga kanan keluar telinga kiri. macam itulah ilmu yang kami terima. mental, fizikal, emosi kami kacau. semua nak cepat tapi apa yang kami dapat? dengar-dengarnya kami kumpulan pelajar pertama dan terakhir yang ada pengalaman ini. lepas ini junior-junior kami belajar selama 4 tahun. dek terlalu penat dengan semester pendek, ada juga kami ponteng kelas. tak tahan badan ni. walaupun kami masih muda. kami juga manusia macam orang tua. kami paling risau result semester pendek. dah lah saya punya jam kredit 16 jam. belajar pula 7 minggu. tak tahu lah apa nak jadi. result yang lepas pun turun. kali ni? entahlah.