Monday, April 27, 2009

sedih @ gembira

27hb april 2009 aku dan kawan-kawan satu program dah abis eaxam. tak sangka cepat kami tamat semester 4. tapi kami semua tak boleh ambil cuti semester panjang. kami ada semester pendek sepanjang bulan mei dan jun 2009. baru kami tahu rupanya kami pelajar kumpulan perintis untuk sekolah pengajian seni. 7 semester dalam tempoh 3 tahun. dahsyatnya! jadi ada 1 semester yang kami perlu korbankan dari 14 weeks ke 7 weeks study. kels kami setiap hari dari isnin sampai jumaat pagi sampai malam. tapi kami tak rasa kelas macam tu. kelas mesti isnin sampai ahad pagi sampai malam. non-stop class! yang ada cuma pelajar tahun 3 semester 1 je masa tu. aku dan geng-geng aku. siapa lagi. sekarang ni kami tahun 2 sem 2. tapi nanti 4hb mei 2009 kami daftar semester pendek manual je. kembali ke masa lalu. hehe. masa tu dah tahun 3 sem 1. sepanjang sem pendek nanti kami kene babibkan diri dengan aktiviti. banyak! projek dekon makum, fts, wdr, tamu gadang, kaamatan, dll. semuanya kami. tapi pensyarah ada ingatkan kami supaya kurangan aktiviti yang tidak berkaitan dengan kursus sebab kami dah tahun 3. bukan tak boleh langsung join aktiviti tapi 'man-man'ar. kami pun tak tahu di mana tinggal nanti. ada juga pihak sps contact kolej tapi jawapan negatif lak yang kami dapat. dengar-dengarnya macam gitulah. tapi pihak sps tak benarkan kami tinggal di luar kawasan u. walau apa yang kadi kami perlu tinggal di dalam kawasan u. ptptn pun kami tiada nanti. harap duit famili ar. apalah nasib kami. aku pun risau pointer sem ni. bayangkan cuma 3 kursus saja kami exam dalam dewan. yang lain semua praktikal (assesment). 5 kursus pula tu. merananya kami! masa sem pendek nanti kami kelas terus final exam. tiada cuti ulangkaji macam semester lain. macam mana lah kehidupan kami masa sem pendek nanti. transport? ini lagi masalah kami. dengar-dengarnya ada bas untuk kami. ambil pagi hantar malam. pergi dan balik je. tiada datang banyak kali macam semester lain. silap-silap hari bulan jalan kaki hari-hari. aduh! dahsyatnya hidup kami. makan? entahlah di mana tempat kami makan nanti. kata orang makan di mulut. memang ar makan di mulut. maksud aku lakosi makan sepanjang sem pendek. boleh dikatakan semua lokasi makan di u tutup. tak tahu lak di mana kami perlu dapatkan makanan nanti. semuanya serba kekurangan. apalah nasib kami selalu terima 'rezeki' yang penuh 'istimewa' ini. dari semester 1 sampai sekarang dah nak masuk sem 5. tak pernah rasa 'bahagia'...

No comments: